Info Berita Terkini Anda...Limbang Tanah Air Ku

Khamis, 30 Jun 2011

‘Nak tunggu raya lambat lagi’

USUNG...anggota polis dan keluarga mengangkat mayat Mohd Zamzuri Irwan (gambar kecil).
USUNG...anggota polis dan keluarga mengangkat mayat Mohd Zamzuri Irwan (gambar kecil).
 
KUALA TERENGGANU: Naluri seorang ibu yang tidak sedap hati apabila anaknya memohon maaf ketika keluar rumah sedangkan sebelum ini tidak pernah berbuat demikian, bagaikan petanda anak lelakinya itu pergi menyahut seruan Ilahi selepas terbabit dalam kemalangan malam kelmarin.
Suri rumah, Ramlah Ramli, 55, berkata, dia tidak menyangka kata yang disangka gurauan itu sebenarnya ‘permohonan terakhir’ daripada anaknya Mohd Zamzuri Irwan Mamat, 27, supaya dimaafkan segala kesalahannya sebelum ini.

“Petang semalam (kelmarin), selepas membasuh motosikalnya yang baru dibeli sebulan lalu, arwah meminta maaf dan terkejut dengan kelakuan peliknya itu saya bertanya semula kenapa cakap begitu.
“Kemudian arwah beritahu kalau nak tunggu raya lambat lagi, jadi baik minta maaf sekarang sambil saya memberitahu sentiasa memaafkannya,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), malam kelmarin.

Mohd Zamzuri Irwan yang menunggang motosikal Yamaha LC 135 maut di tempat kejadian manakala rakannya, Mohd Arif Muhammad, 25, yang membonceng bersamanya parah apabila kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan kereta Proton Wira di simpang tiga lampu isyarat Jalan Kampung Pasir Panjang, kira-kira jam 9 malam kelmarin.

Difahamkan, mangsa yang dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Belukar Jambu, Chendering menuju ke pasar raya gagal mengawal kenderaan apabila kereta Proton Wira dipandu buruh, Yusof Rani, 53, bersama isteri dan tiga anak dalam perjalanan dari pusat bandar dikatakan membelok ke kanan memasuki simpang secara mengejut.

Akibat pelanggaran itu, Mohd Zamzuri Irwan yang bekerja sebagai buruh melambung sejauh lima meter dan topi keledar dipakainya turut tercabut serta cedera parah di badan, muka dan kepala.

Manakala, Mohd Arif pula terseret sejauh 10 meter parah di badan dan sehingga kini masih koma serta mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi HSNZ.
Sementara itu, Mohd Zulkarnain Imran, 24, adik kepada Mohd Zamzuri Irwan berkata, dia pelik apabila abangnya tergesa-gesa keluar rumah selepas Maghrib tanpa bercakap sepatah pun.

“Biasanya dia bergurau dan beritahu hendak ke mana, tetapi semalam (kelmarin) dia senyap dan hanya melihat adik-beradik lain di rumah, sedangkan dia jenis yang banyak bercakap.

“Malah apa yang menghairankan dia juga tidak menggunakan motosikal Yamaha RXZ yang baru dibasuhnya seolah-olah sayang hendak keluar kerana baru sebulan dibeli, tetapi menggunakan motosikal Yamaha LC135 milik saya,” katanya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kemalangan menyebabkan kematian manakala pemandu kereta Proton Wira terbabit diambil keterangan selama dua jam sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Mangsa rompakan di Kuching, Sarawak disiasat polis kerana buat laporan palsu

KUCHING: Gara-gara membuat laporan palsu bahawa wang tunai RM5,000 miliknya dirompak dua anggota polis, seorang penyelia stor kini disiasat polis.
Dalam insiden itu, lelaki berusia 42 tahun terbabit mendakwa wang berkenaan, kad pengenalan dan kad ATM miliknya dilarikan dua lelaki bermotosikal di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di sini pada 8.50 pagi semalam. "Mangsa" mendakwa kedua-dua lelaki yang berjaket hitam dan berkemeja-T dengan logo polis itu mengacukan sesuatu menyerupai pistol ke pinggangnya, sebelum melarikan duit itu yang didakwa diletakkan dalam sampul surat.

Lelaki itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Padungan di sini kira-kira 10 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kock Keong yang mengesahkan kejadian itu berkata, lelaki terbabit bagaimanapun mengaku membuat laporan palsu seelpas disoal siasat.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu, yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya," katanya.

Beliau berkata kes itu akan dirujuk kepada Peguam Kanan Persekutuan untuk tindakan lanjut.

Percaya kepada rezeki

SELEPAS empat tahun membina 
nama sebagai penyanyi dan komposer, Aizat kini boleh
berbangga apabila memiliki artis di bawah naungan syarikatnya


APABILA nama penyanyi dan komposer muda berbakat besar, Aizat gagal tercalon dalam mana-mana kategori untuk Anugerah Planet Muzik (APM 2011), pelbagai persoalan mula timbul.
Jika hendak mengatakan pihak pengurusan Aizat tidak menghantar sebarang pencalonan untuk album keduanya, Urusan Aizat Amdan memang mustahil.
Ini kerana Aizat sendiri mengakui pihaknya sudah menghantar borang pencalonan untuk empat kategori utama termasuk Artis Lelaki Terbaik, Album Terbaik dan Lagu Malaysia Terbaik.
Bukan hanya Aizat, tetapi seorang lagi penyanyi dan komposer muda terkenal, Yunalis Zarai atau Yuna juga telah menjadi mangsa 'kekejaman' pihak juri APM 2011.
Memang pelik apabila insiden itu berlaku sedangkan sebelum ini nama Aizat pernah dijulang di pentas APM pada tahun 2009 apabila dia memenangi kategori Artis Lelaki Baru Terbaik dengan menewaskan pencabar terdekatnya, Afgan.
Mengulas tentang perihal itu, Aizat dengan penuh tenang memberitahu dia langsung tidak menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang serius.
Sebaliknya, dia berserah kepada takdir dan dia cukup optimis dengan segala ketentuan Yang Maha Esa.
"Apa yang berlaku bukannya sesuatu yang mematahkan semangat saya untuk terus berkarya. Mungkin kedengaran agak klise, tetapi, saya percaya kepada rezeki yang telah ditetapkan.
"Saya membikin sesuatu produk bukanlah untuk mengejar anugerah. Tetapi, saya lebih mahukan kepuasan dalam berkarya dan jika peminat juga berasa puas, itu satu kejayaan buat saya.
"Kalau menang, ia merupakan satu bonus dan saya menghargai segala pengiktirafan yang diberikan," ujarnya dalam nada yang cukup optimis.
Aizat berkata demikian pada majlis minum petang sempena pengumuman Konsert Borneo Tour Urusan Aizat Amdan yang berlangsung di Restoran Castle, Jalan Imbi, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Selain isu APM 2011, Aizat juga sempat ditanya tentang khabar angin yang mengatakan lagu-lagu di dalam album Urusan Aizat Amdan tidak mendapat tempat di beberapa stesen radio tempatan.
Semuanya kerana kekuatan lagu Sungai Lui yang sehingga kini masih kuat putarannya di stesen radio walaupun pihak pengurusan Aizat sudah menghantar beberapa lagu lain untuk diputarkan.
Walhal kalau diteliti sepenuhnya, album Urusan Aizat Amdan merupakan salah sebuah karya yang cukup teliti pembikinannya dan dianggap sebagai sebuah album terbaik yang dihasilkan sepanjang tahun lalu.
Sentuhan muzik serta lagu yang dimuatkan dalam album tersebut berdiri atas landasan tersendiri sekali gus meletakkan nama Aizat sebagai karyawan muda yang wajar diberikan perhatian.
"Saya mengakui lagu Sungai Lui memang cukup kuat dan ke mana sahaja saya pergi, orang akan memperkatakan tentang lagu itu.
"Itu membuktikan bahawa percaturan saya untuk membuat kelainan dalam album ini dan juga lagu Sungai Lui itu mendapat perhatian.
"Saya dan Anas benar-benar puas hati dengan penghasilan lagu itu yang saya sifatkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihasilkan. Kalaulah hanya lagu itu sahaja yang kerap diputarkan, saya melihatnya dari sudut positif," jelas pemilik nama penuh Muhammad Aizat Amdan tentang lagu yang cipta bersama Anas itu.
Antara lagu dalam album Urusan Aizat Amdan yang menjadi pilihan peminatnya adalah Years From Now, Mana Oh Mana, Senyum, Erti Hari Ini dan Emotions.

Belum selamat

KUALA LUMPUR - Masih belum selamat. Kemenangan 2-1 
ke atas Taiwan

Pemain Malaysia, Aidil Zafuan Abd. Razak (tengah) meraikan jaringan kedua bersama rakan sepasukan, S. Kunanlan pada perlawanan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Taiwan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi. Malaysia menang 2-1.
tidak memberikan sebarang jaminan apabila skuad negara bertandang ke Taipei dalam perlawanan kedua kelayakan Piala Dunia 2014, Ahad ini.
Harimau Malaya tidak sepatutnya membenarkan Taiwan pulang dengan satu gol yang hanya meletakkan anak-anak buah Datuk K. Rajagobal tidak terlepas menghadapi situasi cemas, sekalipun menang di Bukit Jalil, semalam.
Sekurang-kurangnya dengan kelebihan dua gol hasil jaringan kapten pasukan, Safiq Rahim pada minit ke-27 dan Aidil Zafuan Abd. Radzak pada minit ke-54, kempen awal Malaysia tampak meyakinkan sebelum gawang negara dirobek lawan tatkala pertahanan kita alpa seketika.
Nada Rajagobal tampak sedikit kecewa selepas dua gol yang meletakkan Malaysia agak selesa, akhirnya bertukar kepada situasi mencemaskan.
''Rentak permainan kita tidak mencapai seperti apa yang dikehendaki.''
Itu rumusan Rajagobal ketika skuad kebangsaan gagal mencari bekalan selesa dalam pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 untuk bertandang ke padang lawan, Ahad ini.
Menurutnya, pemain negara melepaskan peluang untuk mencatat jaringan lebih baik, apabila gagal memanfaatkan peluang menambah gol walaupun mendahului lawan 2-0.
"Namun, sebaliknya pasukan lawan pula yang menggegarkan gawang skuad kita, yang memberikan mereka kelebihan apabila beraksi di tempat sendiri selepas ini.
"Apa yang dapat saya katakan rentak permainan kita malam ini tidak seperti yang diharapkan sehingga gagal mencari bekalan selesa untuk aksi kedua nanti," tegasnya.
Pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, Malaysia selesa mendahului 2-0 menerusi jaringan Safiq dan Aidil Zafuan.
Namun, kelekaan barisan pertahanan skuad negara menyebabkan gawang dibolosi pada minit ke-75 oleh Chen Po Liang.
Tambah Rajagobal, babak pertama memperlihatkan betapa pasukan negara mempamerkan kesungguhan walaupun bermula tidak begitu agresif pada 20 hingga 30 minit pertama perlawanan.
Katanya, selepas beliau membuat pertukaran pada kedua-dua bahagian sayap, corak permainan pasukan kebangsaan mula agresif.
"Selepas pertukaran dibuat barulah kita lihat beberapa pergerakan menarik sehingga menjaringkan dua gol.
"Ketika itu saya harap pemain dapat menjaringkan gol ketiga sebagai bekalan selesa apabila beraksi di tempat lawan di padang mereka.
"Namun, pemain gagal menterjemahkan beberapa peluang gol yang mereka peroleh. Malah, bahagian pertahanan mula tidak berdisiplin apabila saya membuat pertukaran ekoran kecederaan yang dialami Safee Sali.
"Peluang kita belum berakhir dan saya berazam untuk kami beraksi dengan lebih baik pada aksi di tempat lawan selepas ini," katanya.

KEMAS mahu lahir kanak-kanak berpotensi

Latihan dan proses pembelajaran awal diberi untuk cemerlang akademik dan kokurikulum

 
 
MENGASAH BAKAT: Para guru tabika bersama anak-anak tabika yang menyertai bola jaring.

LIMBANG: Tabika Jabatan Kemajuan dan Masyarakat (KEMAS) Limbang menyasarkan untuk melahirkan lebih ramai kanak-kanak berpotensi dalam bidang akademik dan kokurikulum melalui Hari Potensi Kanak-kanak yang diadakan di daerah ini.
Penyelia Kanan KEMAS Limbang, Rusnita Pit berkata, sasaran tersebut akan tercapai sekiranya kanak-kanak dapat dilatih lebih awal dengan pelbagai program sukan sebagai salah satu daripada proses pembelajaran kepada mereka.
Jelasnya kanak-kanak di peringkat umur antara empat hingga enam tahun perlu di dedahkan dengan segala kemahiran sukan bagi membolehkan mereka menguasai dan seterusnya meminati kemahiran tersebut sehingga mereka dewasa.
“Bagi mencapai matlamat itu, Tabika KEMAS sendiri turut melaksana program Hari Potensi Kanak-kanak sejak beberapa tahun lalu dalam usaha melatih mereka lebih awal tentang acara olahraga melalui pertandingan yang diadakan.
“Ini termasuk galah panjang, rounders, bola jaring, silat, gerak rama dan Anugerah Kanak-kanak Cemerlang,” katanya pada Hari Potensi Kanak-kanak Tabika Kemas Parlimen Limbang kelmarin.
Hadir sama ialah Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah.
Rusnita optimis program sedemikian mampu melahirkan ‘juara’ yang boleh diketengahkan bagi wakil zon di peringkat negeri dan daerah dalam pertandingan serupa.
“Ini juga merupakan persediaan awal dan latihan pemanasan badan kepada mereka untuk berdepan dengan Tabika KEMAS Lawas nanti selain mencari pemain untuk menjadi wakil zon pada pertandingan peringkat negeri yang akan diadakan saban tahun,” katanya lagi.
Beliau menambah Hari Potensi merupakan aktiviti dwitahunan yang dianjurkan oleh KEMAS bagi mencungkil bakat dan kebolehan kanak-kanak tabika.
“Ia juga adalah satu aktiviti kokurikulum tabika dan dilaksanakan mengikut empat peringkat iaitu parlimen, zon, negeri dan kebangsaan.
“Kita juga yakin ia mampu mewujudkan kerjasama sosial dan perpaduan antara tabika dengan ibu bapa atau waris kanak-kanak, pemimpin tempatan, pertubuhan serta masyarakat amnya,” ujarnya lagi.

Semua ADUN DAP keluar Dewan sebelum Jabu habis berucap

KUCHING: Kesemua 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Tindakan Demokratik (DAP) melangkah kaki keluar dewan se- belum Timbalan Ketua Men-teri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu menghabiskan ucapan penggulungan beliau pada persidangan Dewan  Undangan Negeri (DUN) semalam.
Kumpulan yang diketuai oleh Wong Ho Leng (DAP-Bukit Assek) kemudiannya memberitahu media bahawa mereka memutuskan untuk meninggalkan dewan apabila menteri enggan mengambil sebarang penjelasan daripada mereka.
“Apabila menteri itu menyampaikan ucapan penggulungan beliau, ahli bagi Kota Sentosa (Chong Chieng Jen) berdiri untuk cuba bertanya soalan berkaitan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) namun Jabu tidak memberi ruang.
“Sebaliknya beliau meneruskan dan berkata akan mendengar soalan selepas selesai menggulung topik tetapi selepas selesai, beliau terus berucap dan sengaja tidak membenarkan sebarang penjelasan daripada ahli dari Kota Sentosa berhubung SALCRA,” katanya.
Malah, beliau berkata ia ditambah lagi apabila Jabu beralih kepada isu berkaitan Rascom, di mana ADUN Kota Sentosa juga ingin membangkitkan isu bagi penjelasan mengenai Rascom namun beliau sebaliknya membenarkan soalan dari ADUN Batu Lintang (See Chee How dari PKR).
“Mengapa beliau memberikan peluang kepada Batu Lintang, saya fikir beliau patut berfikiran matang, bertanggungjawab dan adil,” katanya.
Maka itu, beliau berkata, adalah yang paling wajar mereka melangkah keluar dewan pada sepanjang  tempoh Jabu berhujah.
Mereka bagaimanapun masuk semula ke Dewan apabila Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyampaikan ucapan penggulungan beliau.

Kes kutip wang secara haram guna nama Datuk Norah dikesan berlaku di Bintangor

KUCHING: Satu kes mengutip wang awam secara haram dengan mengaitkan nama Ahli Parlimen Tanjung Manis Datuk Norah Abdul Rahman dikesan berlaku di Bintangor sejak tiga hari lepas.
Aktiviti haram itu dilakukan oleh seorang yang dikenali sebagai Datuk Dr Abang Zaibidin A. Zainal dan mengakui sebagai Yang Dipertua Persatuan Usahawan Bumiputera Sarawak (PUBS).
Menyedari nama beliau digunakan untuk mengaburi penduduk di kawasan terbabit, Norah membuat laporan polis menerusi pembantu khasnya, Norlia Abdul Rahman di Balai Polis Sentral di sini, kira-kira pada jam 10 pagi semalam.
Norah dalam kenyataan kepada polis berkata, beliau menyedari wujud aktiviti penipuan menggunakan namanya setelah Norlia menerima panggilan ketika berada di Pejabat Pusat Khidmat Tanjung Manis di Kuching.
Norlia yang menerima panggilan pada jam 8.15 pagi 29 Jun, daripada Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Sarikei, Raftiqa dimaklumkan bahawa Zaibidin menyamar sebagai sepupu Norah dengan tujuan mendapatkan keyakinan bagi mengutip wang RM75 dari setiap penduduk di Bintangor.
“Ini merupakan satu penipuan. Saya tidak mengenali individu ini dan tidak pernah mengarahkan sesiapa pun untuk menjalankan aktiviti me-ngutip wang daripada penduduk-penduduk kampung di Bintangor,” katanya.
Wang tersebut dikatakan untuk dilabur dalam Persatuan Usahawan Usahanita Bumiputera PUBS Management & Publication atau untuk menjadi ahli kehormat usahawan Koperasi PUBS. Kegiatan mengutip wang itu dikatakan telah dikesan berlaku selama dua hari iaitu pada 27 dan 28 Jun lalu.
Norah turut menafikan memberi arahan secara lisan atau bertulis kepada Zaibidin untuk menjalankan aktiviti tersebut.
“Saya juga telah membuat semakan dengan Suruhanjaya Koperasi dan mendapati bahawa Koperasi Persatuan Usahawan Bumiputera Sarawak (PUBS) ini tidak wujud,” katanya.

Anak terkejut temui ayah mati tergantung

MIRI: Seorang anak terkejut menemui ayahnya mati tergantung di dalam bilik mandi kediaman mereka di Taman Ceria Permyjaya di sini, petang semalam.
Mangsa, 49 tahun, ditemui oleh anak perempuannya sekitar jam 3 petang sekembalinya dia ke rumah.
Mangsa dikatakan bersendirian ketika kejadian berkenaan.
Polis bergegas ke lokasi setelah menerima panggilan kecemasan daripada ahli keluarga mangsa dan tiba di lokasi sekitar jam 4 petang.
Mayat mangsa kemudianya dibawa ke bilik mayat Hospital Miri untuk dibedah siasat.
Punca kejadian masih dalam siasatan. Mangsa dikatakan bekerja sebagai buruh kasar dan meninggalkan seorang isteri serta lima orang anak.

Rabu, 29 Jun 2011

Kerajaan Pas Kelantan kaji tambah lesen arak



KOTA BHARU 29 Jun - Kerajaan Pas Kelantan sedia mengkaji cadangan masyarakat Cina di negeri ini yang mahu menambahkan lesen perniagaan dan premis minuman arak di negeri ini, kata anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri berkata, kajian itu bergantung kepada kewajaran dan keperluan lesen itu dikeluarkan terutama di bandar Kota Bharu.
"Kita sedia mengkaji dan menimbang cadangan itu dan suatu perbincangan akan diadakan antara kerajaan negeri dan masyarakat Cina di negeri ini yang akan turut dihadiri Exco Kerajaan Negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Lama,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco Negeri di sini hari ini.
Katanya, setakat ini MPKB telah mengeluarkan lebih 20 lesen premis menjual arak di sekitar bandar dan ini tidak termasuk yang diluluskan oleh 11 pihak berkuasa tempatan (PBT) di jajahan lain.
Dalam pada itu, Takiyuddin berkata, kerajaan Pas Kelantan menerima notis saman pemula yang difailkan tiga peniaga terhadap tindakan kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) kerana mengharamkan penjualan tiket loteri kebajikan.

Sifat malu makan diri sendiri

 
ANA Raffali tidak pernah mengelak daripada bekerjasama dengan media.



CAKAP-cakap belakang mula kedengaran tentang pemenang Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25), Ana Raffali, 26, yang kini dikatakan mula bersikap sombong.
Biarpun kehadirannya dalam industri hiburan tanah air masih terlalu hijau namun pelantun lagu Tolong Ingatkan Aku itu dilihat mula menunjukkan taringnya yang sebenar dengan mula mendabik dada.
Insiden yang berlaku beberapa kali termasuk dia mengelak untuk ditemubual oleh wartawan seolah-olah mengiyakan lagi sikap sombong yang terpancar pada diri pasangan duet Sohaimi Mior Hassan itu.
Justeru, apabila Hits berkesempatan bertemu dengan Ana di Majlis Sambutan Hari Koperasi Karnival, Kokurikulum dan Kerjaya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Keramat, baru-baru ini, persoalan itu dilontarkan terus kepadanya.
Ana terkesima dengan terjahan soalan yang mungkin berbaur sedikit keras tetapi dia bersikap tenang dan tidak melenting sebelum menjawab soalan cepumas itu.
"Bila pula masanya saya sombong? Saya masih lagi Ana Raffali yang dahulu di mana masih lagi tahu untuk membawa diri dan berpijak di bumi nyata.
"Sudah tentu sebagai pendatang baru, saya tidak boleh bersikap sombong. Lagipun itu bukan pegangan saya.
"Malah saya tidak pernah cuba untuk mengelak apabila diminta untuk ditemubual wartawan," ujar Ana tenang dalam menyangkal dakwaan tersebut.
Bagaimana pun, kata Ana atau nama sebenarnya, Ana Nur Hidayah Mohd. Raffali, dia tidak mampu menghalang sesiapa sahaja daripada membuat pelbagai andaian terhadap dirinya.
Jelas anak kelahiran Kuala Lumpur itu lagi, apa juga pandangan yang dilemparkan ke atas dirinya, bukan sahaja diterimanya dengan hati terbuka malah tidak sedikit pun menggusarkan dirinya.
Baginya, setiap prasangka buruk yang dilemparkan itu besar kemungkinan datang daripada individu atau pihak-pihak tertentu yang tidak mengenali dirinya dengan rapat.
Oleh itu, tegasnya, andaian berdasarkan faktor luaran mendakwa dirinya sombong, tidak tepat sama sekali.
"Biasalah apabila kita tidak mengenali seseorang itu dengan dekat, sudah pasti berbagai-bagai andaian boleh disimpulkan melalui pandangan mata kasar apabila melihat seseorang itu tidak ramah.
"Sedangkan apabila kita mengenali dan mula bertegur sapa, persepsi negatif itu sebenarnya tidak betul," luah Ana yang kini mula merancang untuk melahirkan album terbarunya.
Ana terdiam sejenak apabila terus dihujani dengan persoalan itu.
Sambil menarik nafas dalam-dalam, dia mengakui pandangan skeptikal terhadap dirinya itu timbul kerana salah faham.
Kepada pihak yang mendakwa dirinya mula berlagak diva, kata Ana, mereka seharusnya cuba untuk mendekati dan meluangkan masa bersamanya.
Langkah itu, ujarnya penting kerana andaian negatif yang dilemparkan ke atas dirinya perlu diperjelaskan supaya karakternya tidak disalah ertikan.
"Cubalah bertanya kepada kawan-kawan dan keluarga tentang karakter sebenar Ana Raffali kerana mereka inilah yang sering berdampingan dengan saya.
"Dengarkan dahulu jawapan, kemudian buatlah perbandingan atau kesimpulan sendiri sama ada benar atau tidak yang saya ini sombong," ujar bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor itu.
Ana menyedari kelemahan dirinya yang sukar untuk mesra dengan sesiapa sahaja tatkala bertemu buat pertama kali membuatkan dia disalah anggap sebagai sombong.
Jujurnya dia mengakui, perasaan malu yang amat menebal di jiwanya sukar untuk dikikis walau pun berhadapan dengan peminatnya sendiri.
Maka itulah, katanya, dia agak sukar untuk memulakan perbualan sekiranya orang yang ditemuinya itu, tidak memulakan bicara.
"Saya jarang menegur atau berbual-bual dengan orang yang saya tidak biasa. Lagi pun, saya agak keberatan untuk menegur orang tanpa ada tujuan.
"Saya juga tidak mungkin bersikap mesra tanpa mengira tempat kerana saya bimbang jika ada pula orang berkata, saya gedik," luah Ana disusuli dengan tawa kecil.
Latihan jadi askar
Ditinggalkan topik sombong, gadis manis berperwatakan lembut itu sebenarnya mempunyai jiwa yang kental untuk menjadi seorang wirawati negara.
Teringat akan ketangkasan anak bendahara Melaka suatu ketika dahulu, Tun Fatimah yang berani dan bersemangat waja, tidak siapa menduga Ana berani tampil untuk menyertai pasukan Simpanan Askar Wataniah.
Bersama dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, bekas pelajar Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Aizat dan aktor yang memenangi anugerah artis paling popular tahun lalu, Shaheizy Sam, Ana mengakui seronok untuk mengikuti latihan rekrut sebagai askar Wataniah.
"Tidak sabar-sabar rasanya untuk memulakan sesi latihan yang dijangka bermula bulan depan. Teringin nak rasa, bagaimana menjadi seorang perajurit.
"Biarpun dari awal telah dimaklumkan bahawa latihan yang akan diikuti itu tidak sekeras latihan askar sebenar, ia tetap membuatkan saya teruja untuk memasuki kem.
"Inilah peluang yang saya ada untuk menimba dan merasai pengalaman baru yang pasti akan memberikan satu pengalaman berharga untuk saya," ujar Ana yang telah tampil dengan single terbarunya, Cuba Jangan.
Jelas Ana lagi, dia sebenarnya berminat untuk menyertai pasukan beruniform negara tetapi tidak pernah berpeluang disebabkan bebanan kerja yang banyak.
Justeru, katanya, apabila Kementerian Pertahanan membuka peluang kepadanya untuk menyertai pasukan askar simpanan itu, dia bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal.
"Banyak kelebihan jika kita menyertai pasukan beruniform ini kerana secara peribadi, saya melihatnya sebagai salah satu cara untuk meningkatkan jati diri.
"Melalui latihan yang diberikan itu nanti, mungkin saya boleh jadi seorang yang lasak. Secara tidak langsung, saya juga boleh memperkuatkan mental saya," getus Ana yang turut tercalon dalam Anugerah Planet Muzik (APM) yang bakal berlangsung pada 15 Julai ini di Singapura.
Tukar warna kulit
MENGENANGKAN sesi latihan yang bakal diikutinya, Ana tidak bimbang sekiranya warna kulitnya bertukar menjadi gelap gara-gara berjemur di bawah cahaya matahari.
Baginya, pertukaran warna kulit juga bukan satu masalah besar kerana sesiapa sahaja yang terdedah di bawah matahari, pasti akan menjadi gelap.
"Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana kehidupan seharian juga boleh membuatkan warna kulit kita bertukar menjadi gelap.
"Oleh itu, cara untuk melindungi diri daripada pancaran matahari adalah penting.
"Jadi, antara persiapan untuk menjalani latihan di kem kelak, saya akan pastikan ada stok krim pelindung matahari untuk dilumur ke bahagian tubuh yang terdedah kepada matahari," katanya sambil ketawa.

Hambat kemenangan


K. RajagoBal (tiga dari kiri) sempat menguji kebolehan anak-anak buahnya pada sesi latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam. Malaysia akan menentang Taiwan pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014, malam ini



PETALING JAYA - Kurang tempoh 24 jam perlawanan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 bertemu Taiwan, Datuk K. Rajagobal terus berteka-teki mengenai kesebelasan utama yang akan diturunkan di Stadium Nasiona,l Bukit Jalil, malam ini.
Tanpa mahu mendedahkan tahap kecederaan pemain-pemain utamanya seperti Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha dan Abdul Hadi Yahya, beliau berkata, mungkin akan terdapat kejutan dalam senarai kesebelasan utama yang akan diturunkan pada malam ini.
''Saya masih menunggu sehingga saat akhir perkembangan beberapa pemain utama yang mengalami kecederaan dengan mengambil kira pandangan nasihat dan pandangan pegawai fisioterapi.
''Seperti Khairul Fahmi, saya mungkin akan membuat keputusan selepas sesi latihan terakhir. Mungkin dia boleh bermain atau mungkin tidak. Seandainya dia tidak dapat diturunkan, mungkin perlawanan di Taiwan kelak, khidmatnya dapat digunakan.
''Saya tidak boleh menurunkan pemain yang baru pulih daripada kecederaan begitu sahaja, hanya pemain yang benar cergas sahaja saya akan turunkan pada perlawanan esok (hari ini).
''Anda semua boleh membuat analisis sendiri pemain mana yang akan diturunkan tetapi mungkin saya akan membuat kejutan dalam kesebelasan utama pada hari esok dengan mengambil kira semua faktor," katanya di Wisma FAM, semalam.
Bercakap selepas sidang media mesyuarat pengurus pasukan Malaysia dan Taiwan menjelang perlawanan malam ini, Rajagobal menegaskan, sasaran utama beliau adalah mendapat sebarang kemenangan tanpa terlalu mahu memikirkan soal mendapatkan bekalan selesa.
Pada sidang media berkenaan, delegasi Taiwan diwakili jurulatih, Lo Chih-Tsung dan kapten, Chen Yu-Lin sementara Harimau Malaya diwakili kapten pasukan, Safiq Rahim.
''Perkara pertama yang saya mahukan selepas pemain turun ke padang ialah bermain dengan baik dan cuba mendapatkan kemenangan walaupun ia sekadar 1-0.
''Soal mendapatkan bekalan selesa atau tidak itu perkara lain, bermain di gelanggang sendiri tidak semestinya boleh memberikan kemenangan besar.
''Saya tidak boleh ramalkan keputusan yang kita boleh menang, namun apa yang saya boleh harapkan pemain mengambil kesempatan di atas segala peluang yang terhidang tetapi sebagai jurulatih, saya cukup optimis dan rasa teruja mengenai peluang negara dalam pusingan kelayakan kali ini," ujarnya.
Menyentuh Taiwan yang akan ditemuinya, Rajagobal mengakui dia sama sekali tidak akan memandang mudah cabaran lawan sambil melihatkan ancaman pasti akan datang di bahagian sayap.
''Dua pemain sayap mereka iaitu yang memakai jersi nombor 9 dan 10, cukup bagus di samping mempunyai penyerang yang cukup rajin. Begitu juga pertahanan mereka yang agak kuat," tegas Rajagobal.

Selasa, 28 Jun 2011

SPDP Bukit Kota berjaya kumpul 35 pain darah

BERAMAL: Sufian (berdiri tengah), Monica (berdiri tiga kanan) dan yang lainnya pada Kempen Derma Darah Gabungan yang diadakan di Hospital Daerah kelmarin.


LIMBANG: Pergerakan Wanita Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) Bukit Kota berjaya mengumpul sebanyak 35 pain darah yang boleh membantu menyelamatkan nyawa orang ramai melalui Kempen Derma Darah Gabungan yang diadakan di Hospital Daerah Limbang di sini, kelmarin.
Ketua Wanitanya Monica Usun Tinggang berkata program berkenaan merupakan salah satu program kemasyarakatan yang dianjurkan parti itu.
Katanya ia juga salah satu cara sumbangan bakti kepada masyarakat untuk membantu mengisi tabung darah di hospital daerah bagi mengelak berlakunya kekurangan bekalan darah.
“Program seperti ini akan dilakukan dari semasa ke semasa pada masa akan datang bagi membantu pihak hospital mengisi kekurangan tabung darah di hospital tersebut,” katanya lagi.
Katanya Pergerakan Wanita SPDP juga merancang menjadikan kempen derma darah sebagai sebahagian daripada program tahunan dalam menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang penyayang.
Jelasnya lagi usaha tersebut juga sejajar dengan hasrat SPDP untuk terus menjalankan program kemasyarakatan yang pragmatik bagi masyarakat dan persekitaran.
“Kempen ini sudah dijalankan secara berkala beberapa tahun lalu dan akan diteruskan untuk melaksanakan kempen derma darah ini di bahagian ini,” jelasnya lagi.
SPDP katanya berhasrat untuk memupuk nilai murni di kalangan ahlinya dan masyarakat selain menimbulkan semangat untuk membantu golongan yang memerlukan melalui aktiviti derma darah.
Turut sama ialah Wali kota Majlis Daerah Limbang (MDL) Sufian Mohat dan Ketua Wanita SPDP Batu Danau, Etil Galis.

Kem Mesra Alam Miri anjur program alam sekitar di Limbang

MIRI: Pendidikan alam sekitar memainkan peranan penting dalam merealisasikan pembangunan mapan di samping meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan penglibatan dalam pengurusan alam sekitar dengan bijaksana.
Sehubungan itu, Jawatankuasa Kem Mesra Alam akan mengadakan Program Kem Eko Limbang 2011 untuk pelajar sekolah menengah bahagian Limbang 15 hingga 17 Julai depan.
Dengan tema ‘Satu Bumi, Satu Suara, Satu Harapan dan Jom Hijau’, kem ini akan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Patiambun, Limbang membabitkan 60 pelajar.
Daripada jumlah itu, 20 pelajar dari SMK Seri Patiambun manakala 10 pelajar masing-masing dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Limbang, SMK Medamit, SMK Limbang dan SMK Kubong.
Kem kali ini dianjurkan oleh Lembaga Alam Sekitar dan Sumber Asli (NREB) dan Jawatankuasa Kem Mesra Alam, Shell Malaysia dengan sokongan dan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, Jabatan Pelajaran Daerah Limbang dan SMK Seri Patiambun.
Antara aktiviti yang akan dilaksanakan ialah ceramah alam sekitar, simulasi atau permainan alam sekitar, taklimat dari agensi alam sekitar berkaitan, pembentukan modul pendidikan alam sekitar kes mesra alam dan aktiviti riadah alam sekitar.
Majlis penutupan program dijangka akan dilaksanakan oleh Ahli Parlimen Limbang, Hasbi Habibolah pada 17 Julai.
Dalam pada itu, objektif kem ini ialah memupuk serta meningkatkan tahap kesedaran dan tanggungjawab para pelajar terhadap pemeliharaan dan pengawalan kualiti alam sekitar selain memberi pendedahan mengenai strategi pendidikan alam sekitar yang berkesan dan menyeronokkan.

Shaheizy Sam Rehat Berlakon Tahun Depan

Pelakon utama Sekali Lagi... iaitu Lisa Surihani, Mia Sara Nasuha dan Shaheizy Sam di tayangan perdana filem tersebut di TGV, Sunway Pyramid. 
 
PETALING JAYA: Baru menempa populariti tahun ini, pelakon Shaheizy Sam sudah memikirkan untuk berehat daripada dunia lakonan kerana mahu melakukan persiapan untuk bergelar seorang pelakon yang lebih baik.
Pelakon filem Ngangkung dan Kongsi ini dijangka berehat daripada dunia lakonan pada awal tahun depan.
“Saya tidak suka mencari kelemahan dalam lakonan saya kerana sudah menjadi lumrah seseorang itu tidak akan berpuas hati dengan hasil kerja yang dilakukan.
“Jadi, saya memilih untuk berehat sementara daripada lakonan dan menyegarkan diri untuk meningkatkan mutu lakonan saya pada masa akan datang. Saya tidak mahu tahap lakonan saya semakin menurun akibat tidak mempunyai banyak persiapan ekoran jadual kerja yang terlalu padat,” katanya selepas tayangan perdana filem Sekali Lagi…di TGV, Sunway Pyramid, di sini, Isnin lalu.

Sam memilih untuk berehat daripada berlakon pada tahun depan.
 
Jelasnya, dia tidak gemar mengkritik lakonan sendiri kerana bimbang akan kecewa jika lakonannya dalam sesebuah filem atau drama itu tidak sempurna.
“Saya akan menonton hasil lakonan saya jika berkesempatan tetapi saya akan berhenti untuk menonton lagi jika ia menjatuhkan keyakinan saya.
“Tetapi saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berkorban bagi mendapat yang terbaik. Saya juga bersedia untuk menghadapi pelbagai suatu hari nanti kerana hidup ini ibarat roda,” kata Sam lagi yang kurang rehat kerana sibuk dengan penggambaran filem Nongkrong.
Selepas selesai filem ini, dia akan terlibat dengan penggambaran filem Saya Amat Mencintaimu (SAM) terbitan Skop Production.
“Saya juga akan melakukan kerja penerbitan menerusi syarikat sendiri selepas ini,” ujarnya.
Bercerita tentang lakonannya dalam Sekali Lagi… di samping heroinnya Lisa, Sam akui tiada masalah untuk mewujudkan keserasian dengan pelakon itu.
“Saya mudah serasi dengan Lisa walaupun pertama kali berlakon dengannya. Mungkin sebab kami telah lama kenal sejak zaman sekolah lagi.
“Cuma saya sedikit gementar kerana terlalu menjaga hati dia,” ujarnya.
Tambahnya lagi: “Seronoknya bekerjasama dengan pelakon filem ini termasuk Bront Palarae, kami diberi kebebasan untuk mengubah dan menambah idea dalam skrip agar lebih mencantikkan jalan ceritanya.”

Politik S’wak bakal berdepan cabaran dahsyat

Ia tercetus ekoran permainan politik di peringkat global yang boleh menggugat kestabilan Negara
KUCHING: Politik negeri ini khususnya bakal berdepan cabaran yang paling dahsyat pada tahun-tahun akan datang.
Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata cabaran itu tercetus ekoran permainan politik di peringkat global yang boleh menggugat ke- stabilan negara.
“Dalam usaha kita me-numpu kepada pembangunan sumber dan tenaga ke arah mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi melalui pembangunan SCORE, ada segelintir manusia tidak se-nang hati serta cemburu de-ngan kejayaan yang telah di-kecapi setakat ini.
“Kumpulan yang saya maksudkan ialah ‘elit bayangan’… merujuk kepada kumpulan broker kuasa yang berleluasa di dunia dewasa ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan untuk kemen-terian itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.


Awang Tengah (kiri) hadir untuk menyampaikan ucapan penggulungan untuk kementerian beliau pada Persidangan DUN, semalam.


Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Yayasan Bruno Manser misalnya ujar beliau berniat jahat untuk men-cemarkan nama baik pe-mimpin negeri.
Niat sebenar yayasan itu, jelasnya ialah mahu menjatuh-kan kerajaan yang berkuasa dengan mengadakan tunjuk perasaan raksasa antikerajaan.
“Kumpulan ‘elit bayangan’ sudah tentu bersekongkol dengan parti-parti yang ingin menjatuhkan kerajaan sedia ada, bak kata pepatah Inggeris, ‘Birds of the same feathers, flock together’.
“Mereka ini sememangnya bertopeng untuk menegakkan keadilan, kebebasan dan memperjuangkan demokrasi serta hak asasi manusia.
“Tetapi sebaliknya akan menghancurkan kestabilan politik dan keharmonian yang menunjangi perpaduan rakyat di Bumi Kenyalang,” ujarnya.
Justeru katanya, setiap rakyat termasuk wakil Barisan Nasional (BN) harus terus bersatu padu dan menegakkan kebenaran melalui proses demokrasi yang diamalkan selama setengah abad.
Dalam ucapannya itu, Awang Tengah yang juga Menteri Kemudahan Awam berkata unsur politik dibawa parti-parti pembangkang menyerupai tindakan samseng jalanan ketika pilihan raya negeri lalu harus dikecam habis-habisan.
“Dalam kempen pilihan raya baru-baru ini, parti-parti pembangkang ketara sekali telah membawa unsur politik yang kotor sekali gus meranapkan nilai-nilai rakyat Sarawak yang terkenal dengan sopan santun dan mengamalkan persaingan sihat,” ujarnya.

United bida bintang muda Barcelona

MANCHESTER - Manchester United membuat bidaan sensasi bernilai 15 juta pound (RM75 juta) untuk bintang remaja Barcelona, Thiago Alcantara.
Pengurusnya, Alex Ferguson mahu mendapatkan pemain skuad Bawah 21 Sepanyol yang menjuarai Kejohanan Eropah kelmarin dengan membayar secara tunai, namun Barca keberatan untuk menjual pemain itu kepada musuh mereka dalam Liga Juara-Juara.
Tawaran United itu adalah yang tertinggi berbanding kelab-kelab lain, yang turut meminati Alcantara.
Pemain berusia 20 tahun itu mencuri tumpuan dengan meledak jaringan cantik menerusi sepakan percuma jarak jauh pada perlawanan akhir Kejohanan Eropah mengalahkan Switzerland 2-0, Sabtu lalu.
Barca sebenarnya ada rancangan tersendiri iaitu membiarkan Alcantara ke England untuk menimba ilmu dan mengembangkan bakatnya dengan kaedah mengenakan syarat pembelian semula, sesuatu yang pastinya tidak akan dipersetujui oleh United.
Alcantara dijangka tidak dapat beraksi secara kerap musim depan memandangkan barisan tengah yang dimiliki skuad Pep Guardiola sudah cukup mantap.
Fergie melihat Alcantara sebagai calon sesuai menggantikan Paul Scholes di Old Trafford, tetapi Barca lebih sanggup melepaskan pemain itu ke kelab lain.
Halangan terbesar yang perlu ditempuhi Fergie adalah ejen Alcantara adalah abang Guardiola, Pere.
Barca juga berhasrat menggunakan Alcantara sebagai pertukaran beserta bayaran tunai untuk memujuk Arsenal menjual Cesc Fabregas, namun Arsenal tidak berminat dengan tawaran sedemikian.
Jadi, situasi luar biasa mungkin berlaku, iaitu pasukan pertengahan Liga Perdana England, Bolton Wanderers mungkin berpeluang menyambar pemain tersebut tetapi perlu akur dengan syarat yang ditetapkan oleh Barca.

Komunis resapi Bersih

KUALA LUMPUR 27 Jun – Ancaman terhadap keselamatan negara melalui gerakan komunis yang kini meresapi demonstrasi haram, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berada pada tahap membimbangkan.
Ini kerana, gerakan tersebut yang diketuai oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) dikesan bersekongkol dengan ejen asing dari Filipina dan Korea Selatan untuk menyebarkan propaganda jahat bagi menggulingkan kerajaan.
Hakikat itu terbukti selepas sekumpulan 29 ahli PSM bersama seorang lelaki Filipina, Romeo Castillo, 59, dan seorang warga Korea, Min Young Song, 24, ditahan di hadapan Kolej Matrikulasi di Ledang, Johor, Sabtu lalu.
Sumber memaklumkan kepada Utusan Malaysia, kedua-dua warga asing itu memasuki negara ini atas pembiayaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing, yang berpangkalan di luar negara bagi memastikan Malaysia huru-hara.
“Kita tidak menolak kemungkinan Castillo ini mempunyai kaitan dengan Parti Komunis Filipina yang banyak membunuh rakyat negara itu melalui gerakan bersenjata sehingga disenarai sebagai gerakan pengganas.
“Young Song ini pula yang memasuki Malaysia sejak 19 Mac lalu merupakan ahli pertubuhan 18 Mei, di Korea, dan dia hadir atas tajaan National Democratic Institute (NDI) yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
‘‘Warga Korea itu kini ditahan di bawah Akta Imigresen dan akan diusir serta-merta.
“Kini semuanya jelas bahawa Bersih sebenarnya terlalu kotor, mereka bukan lagi berjuang untuk sistem pilihan raya yang adil tetapi sebenarnya bertujuan untuk memusnahkan keamanan negara,” katanya.
National Democratic Institute adalah salah sebuah organisasi di bawah National Endowment of Democrasy (NED) yang dinaungi bekas Setiausaha Negara AS, Madeline Albright, iaitu sekutu Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika zaman reformasi.
Semalam, 31 penyokong Bersih yang diketuai pemimpin PSM, Dr. Jeyakumar Devaraj ditahan dan polis menemui baju T tertera gambar pemimpin komunis yang diangkat sebagai ‘kesatria’.

Sabtu, 25 Jun 2011

Anwar wajib letak jawatan – Zul Noordin

KUALA LUMPUR 24 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim wajib meletakkan segala jawatannya selepas dua pakar dari Amerika Syarikat (AS) mengesahkan lelaki dalam klip video seks yang ditayangkan oleh trio Datuk ‘T’ menyerupai Ketua Pembangkang itu.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin (gambar) berkata, pakar dari AS itu juga mengesahkan rakaman video seks terbabit adalah tulen dan tidak ada sebarang ‘tampering’ (diubah-ubah) serta ‘superimpose’ (imej ditindih).
Menurut beliau, bukan itu sahaja, kamera litar tertutup (CCTV) hotel turut membuktikan Anwar dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah berada di lobi hotel tersebut ketika tarikh rakaman klip berlaku.
“Dia wajib letak jawatan. Semua jawatan. Tiada dolak-dalih, tiada putar-belit dan tiada bohong lagi. Semuanya sudah jelas. Letaklah semua jawatan; politik, kerajaan dan lain-lain.
“Letaklah jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh; letaklah jawatan sebagai Ketua Pembangkang; letaklah jawatan sebagai Ketua Umum dan Penasihat PKR serta letaklah jawatan Penasihat Ekonomi Selangor.
“Hentikanlah sandiwara dan lakonan jijik serta kotor ini. Hentikanlah mengheret dan memperkudakan para ulama terutama dari Pas. Ringkasnya, pergilah bertaubat. Cucilah diri,” katanya dalam entri terbaru bertajuk ‘Dah terang bersuluh pula!’ di blognya, http://zul4kulim.blogspot.com hari ini.
Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, selain pengesahan pakar dan bukti daripada CCTV, kelibat Shazryl Eskay turut muncul dalam klip video tersebut.
“Klip video berkenaan juga mengesahkan terdapat tiga watak di dalamnya iaitu seorang lelaki (Shazryl Eskay), seorang lelaki dikenal pasti sebagai Anwar dan seorang wanita berbangsa Cina.
“Perlu saya tekankan di sini, kita tidak menuduh Anwar berzina dengan wanita itu. Itu persoalan yang perlu dibuktikan di Mahkamah Syariah berdasarkan beban pembuktian yang ditetapkan syarak.
“Apa yang penting di sini ialah video tersebut membuktikan Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin, apatah lagi menjadi Perdana Menteri sebuah negara umat Islam,” tegas beliau.
Katanya, dalam beberapa kejadian yang berlaku di AS, Turki dan Indonesia sebelum ini, sudah ramai golongan pemimpin dan ahli politik bertindak meletak jawatan ekoran terlibat dengan ‘jenayah’ lucah.
“Tetapi di Malaysia, setelah dipanggil membela diri kerana meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, dengan pembuktian asid deoksiribonukleik (DNA) yang jelas dan dengan klip video yang disahkan tulen, Anwar bukan sahaja tidak mahu meletak jawatan, bahkan menyalahkan kerajaan dan semua orang lain atas kegiatan tidak bermoral beliau itu.
“Kadang-kadang, bila tengok rentetan peristiwa di luar negara, orang kafir pun lebih tinggi maruah dan nilai diri serta prinsip mereka,” ujarnya.
Zulkifli kemudiannya menggesa rakyat supaya berhati-hati ekoran sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) memaklumkannya bahawa terdapat perancangan untuk membuat satu klip video palsu atau mengubah suai klip video yang ditayangkan Shazryl Eskay sehingga menimbulkan keraguan.
“Video palsu itu akan dicetak dengan banyak dan ditaburkan kepada rakyat. Kaum-kaum durjana ini kemudian akan membuat laporan polis mendakwa UMNO, Barisan Nasional dan kerajaan bertanggungjawab kononnya menyebar klip video itu,” tambahnya.

Skrip lama badminton berulan



Aksi Lee Chong Wei ketika menentang pemain Vietnam, Nguyen Tien Mihn pada perlawanan suku akhir Terbuka Indonesia di Jakarta, semalam. - AFP


KUALA LUMPUR - Skrip lama badminton negara berulang di Jakarta semalam, apabila Datuk Lee Chong Wei menjadi wakil tunggal Malaysia ke separuh akhir Terbuka Indonesia setelah semua wakil negara terkandas awal pada suku akhir.
Chong Wei mempamer aksi meyakinkan dalam persiapan menghadapi Kejohanan Dunia, Ogos ini apabila mudah menundukkan pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh 21-10, 21-14 hanya dalam masa 34 minit.
Juara Terbuka Indonesia 2007, 2009 dan 2010 itu kini bakal menerima ujian bintang muda China, Chen Long yang mara selepas mengetepikan rakan senegara, Du Pengyu 21-14, 21-15 semalam.
Ketika prestasi Chong Wei tidak diragui, beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, sebaliknya mempamer aksi mencemaskan tujuh minggu menjelang Kejohanan Dunia, apabila tunduk kepada pasangan bukan pilihan tuan rumah, Mohammad Ahsan-Bona Septano 19-21, 15-21.
Turut membimbangkan adalah kegagalan pasangan wanita, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui untuk kembali menjadi beregu yang digeruni apabila tunduk 17-21, 21-17, 17-21 kepada pasangan tuan rumah, Vita Marissa-Nadya Melati.
"Pada set pertama, mereka mengawal permainan dan mendahului 14-10, namun Boon Heong dan Kien Keat hilang fokus apabila diberi tekanan berterusan, bukan saja oleh lawan tetapi juga penyokong.
"Mereka tidak mampu bangkit pada set kedua. Saya nampak permainan mereka seperti dipaksa-paksa dan serba tidak menjadi. Banyak kelemahan yang didedahkan dalam perlawanan ini,'' kata Rexy ketika dihubungi di Jakarta.
Bagaimanapun tegas Rexy, kekalahan beregu No. 4 dunia itu tidak mencemaskan menjelang Kejohanan Dunia kerana Terbuka Indonesia bukan sasaran utama, sebaliknya ia sekadar medan persiapan sebelum berdepan pentas lebih besar.
Malah dia percaya, suasana di Stadium Tertutup Bung Karno mendorong banyak kejutan berlaku. Kelmarin, bintang China, Lin Dan dan beregu Korea, Jung Jae Sung-Lee Yong Dae menjadi mangsa kejutan, manakala pada suku akhir semalam, beregu No. 1 dunia, Mathias Boe-Carsten Morgensen dan Kien Keat-Boon Heong berdepan nasib serupa. Juara dunia, Chen Jin turut dikejutkan pemain Jepun, Sho Sasaki 18-21, 21-12, 21-15.
Rexy juga percaya, tempoh tujuh minggu sebelum kejohanan di London bermula pada 8 hingga 14 Ogos ini masih cukup untuk memperbaiki kelemahan yang ada, malah dia akan memastikan pasangan itu kembali ke gelanggang latihan sejurus tiba di tanah air. "Saya mahu mereka kembali berlatih secepat mungkin, tiada rehat kerana mereka perlu memperbaiki kelemahan," katanya.

Empat sekeluarga maut nahas




KENDERAAN pelbagai guna remuk teruk selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 46.7, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Sedenak, Kulaijaya, semalam.


KULAIJAYA 24 Jun – Empat sekeluarga termasuk seorang bayi berusia 18 bulan maut manakala dua lagi cedera parah apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 46.7, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Sedenak, di sini hari ini.
Kesemua mangsa yang terbunuh di tempat kejadian ialah Wong Tong Hing, 66; isterinya, Fong Kum Ngoh, 60; adiknya, Fong Kum Kai, 59, dan cucu lelakinya, Wong Jing Xuan, 18 bulan.
Kesemua mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulaijaya untuk bedah siasat.
Dua lagi penumpang iaitu anak perempuan Tong Hing, Wong Ai Ling, 35, dan menantunya, Ng Chai Yuin, 21, yang hamil sebulan cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Zulkefly Yahya berkata, nahas berlaku pukul 9.45 pagi ketika Tong Hing bersama ahli keluarganya dalam perjalanan dari Bandar Putra Kulai menghala ke Melaka.
“Tong Hing memandu MPV jenis Nissan Grand Livina dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam longkang di sebelah kiri jalan dan melanggar tembok berhampiran jejantas Felda Sungai Nyamok,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, jiran mangsa, Kam Tee Chin, 52, ketika ditemui di Hospital Kulaijaya memberitahu, Tong Hing bekerja sebagai juruteknik di sebuah negara Arab pulang ke rumahnya di Bandar Putra Kulai Rabu lalu dan merancang ke Melaka bagi merawat penyakit hati yang dihidapi isterinya.
“Mereka juga bercadang untuk bercuti di Port Dickson, Negeri Sembilan bersama-sama tetapi anak lelakinya, Wong Siang Zhen, 29, tidak ikut serta kerana bertugas di Singapura,” katanya.
Seorang pekerja kepada isteri Tong Hing, Lai Moy Kian, 38, pula berkata, majikannya itu bercadang untuk menghabiskan cuti bersama keluarga di Port Dickson.
“Dia juga sempat memasak di restoran miliknya sebelum pergi ke Melaka. Dia ada beritahu kami, mereka sekeluarga pergi tak lama kerana mahu membuka perniagaan pada Ahad nanti,” katanya.

Pelajar diserang sekumpulan pelajar perempuan tuntut ‘wang perlindungan’ RM600


Video-pelajar-perempuan-cina-SMK-Raja-Abdullah-dibuli-dalam-kelasKUCHING: Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga dari Gita mendakwa dirinya diserang oleh sekumpulan pelajar perempuan lain yang cuba untuk memeras ugut wang da r ipadanya , kel – marin.
Insiden tersebut dipercayai berlaku sekitar jam 3.30 petang apabila mangsa bersama dua lagi rakannya ditahan oleh enam pelajar tingkatan enam di pintu pagar sekolah ketika hendak pulang ke rumah.
Kumpulan itu dipercayai meminta RM600 daripada mangsa sebagai ‘wang perlindungan,’ tetapi mula menyerang apabila mangsa memberitahu yang mereka tidak mempunyai wang.
Mangsa juga diberi amaran agar tidak memberitahu perkara tersebut kepada pihak polis jika tidak akan terus dipukul oleh mereka.
Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian muka dan badan memberitahu perkara tersebut kepada bapanya yang kemudian membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan polis.
Pihak polis masih menjalankan siasatan ke atas kes tersebut.
Dalam satu kejadian berasingan, sembilan pekerja asing ditangkap semalam selepas dipercayai merusuh gara-gara didakwa memukul seorang pengawal keselamatan di sebuah tapak pembinaan.
Insiden tersebut dipercayai ber laku di sebuah tapak pembinaan di Kota Sentosa sekitar jam 7 malam kelmarin.
Menurut laporan polis yang dibuat mangsa, pihak polis tiba di tempat kejadian selepas menerima laporan mengenainya dan menangkap kesemua pekerja asing itu untuk siasatan lanjut.

Jumaat, 24 Jun 2011

Rancangan penyelia rompak wang terbongkar

MIRI: Seorang penyelia kedai menjual komputer mengaku merancang rompakan bersama dua lelaki lain untuk melarikan wang untung kedai yang berjumlah RM20,000.
Suspek berusia 30-an itu telah ditahan di Balai Polis Miri untuk siasatan lanjut berhubung kes berkenaan sementara polis masih menjejaki dua lelaki yang bersubahat dengan suspek.
Menurut laporan polis, suspek ditugaskan oleh majikannya untuk mendepositkan wang berjumlah RM20,000  yang dikutip dari empat cawangan kedai berkenaan di sekitar Miri.
Suspek yang ditemani seorang rakan sekerjanya diminta untuk mendepositkan wang berkenaan di sebuah bank di Pusat Komersil Boulevard pada jam 11 pagi.
Suspek memberitahu polis bahawa dia telah dirompak oleh dua lelaki ketika berada di pintu masuk utama bank itu.
Daripada laporan yang diterima, polis merujuk kepada pihak bank untuk membenarkan mereka melihat semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bank berkenaan.
Setelah meneliti rakaman berkenaan, polis berasa curiga melihat perlakuan suspek yang seolah-olah melengah-lengahkan masa untuk masuk dan seperti menunggu seseorang.
Polis memanggil semula suspek ke Balai Polis Miri untuk soal siasat dan suspek mengaku merancang kejadian berkenaan bersama dua lelaki lain.
Suspek telah menyembunyikan sebanyak RM16,000 di bawah tempat duduk motosikalnya dan memberi sebanyak RM4,000 kepada rakan subahatnya.
Ketika laporan ini ditulis, polis belum menahan rakan subahat suspek.

Tarik ramai pelancong, Tambah pendapatan penduduk.

  LimbangKini- Limbang kerajaan harus berusaha untuk menarik lebih ramai pelancong untuk melawat Limbang, bukan sahaja dari negara jiran negara Brunei Darussalam, malah kerajaan harus berusaha menarik lebih ramai lagi pelacong dari semenanjung dan juga dari luar negara, kerana ini boleh membantu penduduk tempatan meningkatkan lagi pendapatan dan sosial ekonomi rakyat di Limbang.

  Kerajaan harus memikirkan,  apakah tarikan yang perlu di promosikan yang bekaitan tentang Limbang keluar negara mahupun ke Semenanjung Malaysia dan Sabah. Dengan kehidupan yang berbagai budaya dan bangsa di Limbang ada lah mudah bagi kerajaan di Limbang mempromosikan  bangsa dan budaya yang terdapat di Limbang.

 Sekiranya kerajaan berjaya mempromosikan Limbang kemata dunia, kita yakin Limbang akan maju dan mampu bersaing dengan daerah- daerah maju di sarawak  seperti sibu,miri dan juga bintulu, dan sekaligus pendapatan penduduk di Limbang akan bertambah dan secara tidak langsung akan memabawa perubahan besar kepada penduduk di Limbang- LimbangKini.Blogspot.Com
 

  




Dua bulan Fizz tidak bertemu Almy

Fizz Bergandingan dengan Fathia dalam Stanza CInta
Mengikat cinta selama lima tahun, hubungan antara Fizz Fairuz dan Almy Nadia bukanlah satu rahsia lagi, malah kebelakangan ini banyak cerita mengenai mereka berdua bermain diruangan-ruangan gosip, ada yang mengatakan mereka sudah berpisah dan ada juga khabar-khabar yang mengatakan Fizz Fairuz sudah pandai bermain kayu tiga terhadap Almy.
Walau apa jua yang cuba didedahkan oleh pelbagai pihak, kedua mereka belum pernah mengistiharkan sebarang perkembangan baru dalam hubungan yang terjalin itu.
Tidak mengaku sudah berpisah, dan tidak mengesahkan sedang dalam perancangan untuk berkahwin, hubungan mereka berdua hanya berada ditakuk yang sama sejak seperti mana dahulu.
Namun kenyataan Almy dalam satu portal hiburan yang enggan menjawab persoalan tentang hubungan ini dan meminta agar Fizz Fairuz yang menjelaskan tentang hubungan mereka seolah-olah memperlihatkan seakan dia 'digantung tidak bertali' oleh lelaki ini.
Bertanya Fizz tentang perkara itu, dia mengaku sudah dua bulan tidak bertemu Almy.
"Dah dua bulan kami tidak berjumpa, sebulan yang lepas saya sakit mata, jadi saya tak boleh jumpa dia sebab Almy jenis yang mudah berjangkit, saya tak mahulah dia berjangkit dengan saya dan bulan ini pula saya sibuk dengan penggambaran filem.
"Tak berjumpa tak bermakna kami tidak berhubung, saya tahu jadualnya dan begitu juga sebaliknya. Kami masih seperti dahulu, kalau ada gosip tu biasalah, saya ni jenis nakal-nakal lelaki jadi tak salahkan kalau saya nakal sedikit.
"Bukan saya takut untuk berkahwin, tapi serunya masih belum sampai lagi. Bagi saya, tak ada masalah sama ada berkahwin ataupun tidak, jika rezeki itu ada untuk saya ia tetap datang walaupun saya sudah berkahwin nanti,"jelasnya.
Di sisi kerjaya, Fizz kini akan keluar dengan filem terbarunya, King Kaphai dan drama, Stanza Cinta, Fizz masih membawakan watak sebagai ustaz muda dalam kedua naskah itu.
"Stanza Cinta merupakan lakonan terakhir saya yang membawakan watak ustaz, saya tak mahu lagi bawa watak ini sebab saya tidak mahu ia kelihatan terlalu streo type.
"Saya mahukan kelainan dan kalau boleh saya mahu cuba watak gangster,"luahnya.

Chong Wei Layak Ke Suku Akhir

JAKARTA, 24 Jun (Bernama) -- Juara bertahan Datuk Lee Chong Wei mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Super Siri Terbuka Indonesia selepas mengalahkan pemain Hong Kong, Wong Wing Ki, pada pusingan kedua di sini Khamis.

Chong Wei, pemain nombor satu dunia, hanya mengambil masa kurang dari 30 minit untuk menundukkan lawannya 21-7, 21-12 untuk berdepan dengan pemain Vietnam Nguyen Tien Minh pada saingan suku akhir Jumaat.

Chong Wei diramal akan mara ke final Ahad ini selepas musuh ketatnya, juara Olimpik, Lin Dan, tersingkir pada pusingan kedua di tangan pemain Jepun Sho Sasaki.

"Tidak ada perbezaan...sudah tentu Lin Dan menjadi pilihan untuk menentang saya di final tetapi saya belum lagi layak ke final.

"Saya masih mempunyai beberapa pemain yang handal yang perlu ditempuhi dalam saingan di sini. Saya perlu fokus sehingga mencapai sasaran mempertahankan gelaran saya," kata Chong Wei.

Dalam pada itu, beregu utama negara Tan Boon Heong dan Koo Kien Keat turut mara ke suku akhir bersama beregu wanita negara Chin Ee Hui dan Wong Pei Tty.

Tan dan Koo menumpaskan beregu Jepun Naoki Kawamae/Shoji Sato 20-22, 21-19, 21-18 untuk menentang beregu Indonesia Mohammad Ahsan/Bona Septano pada saingan suku akhir.

Wong dan Chin mengalahkan beregu Kanada, Charmaine Reid/Nicole Grether 17-21, 21-8, 21-13.

Kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan US$600,000 (RM1.815 juta).

Lin Dan Tersingkir Dari Kejohanan Terbuka Indonesia

AKARTA, 23 Jun (Bernama) -- Bintang China, Lin Dan secara mengejut tersingkir dari Kejohanan Badminton Super Siri Terbuka Indonesia selepas dijinakkan oleh pemain Jepun pada saingan pusingan kedua di sini Khamis.

Penonton yang hadir di Stadium Istora Senayan di sini kecewa apabila melihat Lin Dan tidak menampilkan aksi sebenar sebagai jaguh dunia apabila tunduk 12-21, 18-21 di tangan Sho Sasaki.

Selepas perlawanan itu, juara Olimpik 2008 berusia 27 tahun itu memberitahu media bahawa beliau berasa amat letih berikutan masalah gastrik masih menghantuinya.

Pada Ahad lalu, Lin Dan menjadi mangsa ejekan dan sorakan penonton selepas menarik diri daripada perlawanan akhir menentang rakan senegara, Chen Jin, pada Siri Super Terbuka Singapura atas masalah kesihatan yang sama.

"Tiada alasan...saya tidak sengaja mahu kalah. Saya perlu berjumpa dengan doktor selepas pulang dan melihat apa masalah sebenar dalam perut saya," katanya.

Lin Dan berkata beliau akan mengambil rehat yang secukupnya sebelum memutuskan tindakan seterusnya.

Ketiadaan Lin Dan pada kejohanan bernilai US$600,000 (RM1.815 juta) itu bakal mencerah peluang pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei.

Sasaki layak ke suku akhir selepas bertarung selama 38 minit untuk mencapai kejayaan selepas kalah kepada jaguh China itu pada Kejohanan Piala Sudirman dan Kejohanan Asia tahun ini.

"Saya banyak sabar ketika menentang Lin Dan dan kali ini berjaya mengatasinya....saya amat bangga," kata Sasaki.

TRIO DATUK T MENGAKU BERSALAH, TAYANG VIDEO SEKS SECARA TERBUKA

Kes menayangkan video seks secara terbuka yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang - Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim, masing-masing didenda 3-ribu Ringgit dan seribu-500 Ringgit,  selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, terhadap pertuduhan itu.  Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pula,  dikenakan denda seribu Ringgit,  selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan bersubahat melakukan perkara sama.  Majistret Aizatul Akmal Maharani menjatuhkan hukuman berkenaan selepas menerima pengakuan mereka.  Hukuman berkuatkuasa hari ini. Jika gagal membayar denda,  Datuk Shazryl Eskay boleh dikenakan hukuman penjara tiga bulan, Datuk Shuib dua bulan penjara dan Tan Sri Abdul Rahim,  satu bulan penjara. ((BERNAMA))

Tak perlu penyata gaji: Abg Jo


 
K’jaan akan tubuh Syarikat Jaminan Kredit untuk bantu mudahkan pinjaman perumahan
KUCHING: Kerajaan ne-geri akan menubuhkan Syarikat Jaminan Kredit bagi membolehkan permohonan pinjaman perumahan dilakukan tanpa perlu mengemukakan penyata gaji.
Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata di bawah syarikat itu kelak, bank-bank berkaitan akan meluluskan pinjaman walaupun tidak ada penyata gaji.
Katanya beberapa organisasi bank telah dikenal pasti bersedia menyertai syarikat ini antaranya, Bank Islam, Alliance Bank, Maybank, Affin Bank, Bank Simpanan Nasional (BSN), RHB Bank, Hong Leong Bank serta EON Bank.
“Kerajaan pusat telah bersetuju untuk memberi bantuan bagi pembinaan Rumah Mampu Milik (RMR) di negeri ini khususnya di kawasan Kuching, Bintulu, Sibu dan Miri.
“Melalui Syarikat Jaminan Kredit, ia bukan sahaja membolehkan lebih ramai rakyat mendapatkan pinjaman perumahan sekali gus menyelesai-kan masalah setinggan dalam bandar,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyua-rat bersama organisasi-organisasi bank berhubung kait dengan pinjaman perumahan di Tingkat 3, Kompleks DUN Baru di sini semalam.
Hadir sama, Menteri Muda Perumahan Abdul Wahab Aziz serta wakil-wakil daripada organisasi bank yang terlibat.
Mengulas mengenai me- syuarat tersebut Abang Johari berkata, ia berhubung kait dengan hal pinjaman rumah membabitkan permohonan ke atas rumah kos rendah yang ditolak oleh pihak bank.
Menurutnya, mesyuarat ini bertujuan mengenal pasti sebab utama permohonan ditolak sehingga gagal mendapatkan pinjaman perumahan melibatkan rumah kos rendah yang ditawarkan oleh kerajaan.
Hasil daripada mesyuarat tersebut, didapati bahawa sebab utama pinjaman ditolak adalah disebabkan jumlah pendapatan yang tidak mencukupi untuk membayar balik pinjaman.
Menurut Abang Johari, setiap masyarakat perlu memberikan keutamaan kepada keperluan rumah terlebih dahulu iaitu kira-kira satu pertiga daripada pendapatan bagi membolehkan permohonan pinjaman diterima.
Justeru katanya, masya-  rakat dinasihatkan supaya berhati-hati, berjimat cermat dan berbelanja secara ber- hemah dengan memberi ke-utamaan kepada perkara yang mustahak dalam kehidupan seharian.

Khamis, 23 Jun 2011

Nurul Izzah elok nasihat Ketua Umum PKR dahulu

KUALA LUMPUR : Perkasa ingin memberi kenyataan balas terhadap gesan Nurul Izzah yang disiarkan oleh Sinar Harian hari ini supaya kerajaan mencontohi pilihanraya Turki yang disifatkannya aman semasa berkempen walaupun di kawasan paling bergolak.
Katanya, skuad polis dan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) negara itu bertindak secara professional tidak sentuh perusuh. Mereka hanya tahan dan tunggu polis perusuh sampai dan perusuh akan didakwa di mahkamah.
Perkasa lihat kenyataan Nurul Izzah cuba memperkecilkan peranan Pasukan Polis kita. Apakah polis kita hanya perlu lihat perusuh bertindak diluar batasan tanpa lakukan sesuatu sehingga pasukan polis perusuh datang? Nama pun perusuh. Sudah tentu telah lakukan kesalahan.
Kalau tidak lakukan tindakan luar batasan tidaklah kita panggil mereka sebagai perusuh. Bagaimana kalau sudah tidak boleh dikawal seperti memecahkan cermin kereta awam, cermin kedai ataupun sudah mencederakan orang lain? Apakan perlu tunggu pasukan polis perusuh sampai?. Kata Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali melalui kenyataan akhbar yang di keluarkan sebentar tadi sebagai memberi komen diatas kenyataan Nurul Izzah.
Selagi pasukan polis perusuh tidak sampai, polis biasa tidak boleh bertindak walau dah banyak kerosakan atau kecederaan? Lihat sahaja tidak boleh sentuh? Nak tahan macam mana kalau tidak boleh sentuh? Lagi pun kita mana ada pasukan polis perusuh. Yang ada FRU (Federal Reserve Unit @ Polis Simpanan Persekutuan) yang boleh juga dipanggil unit polis anti rusuhan.
“Hebat juga Turki ini yang ada pasukan polis perusuh walau dah ada FRU” kata Syed Hassan dengan nada menyindir.
Perkasa melihat mereka yang selalu membuat provoksi sehingga tercetusnya rusuhan adalah para penyokong pro pembangkang di negara ini. Maki hamun polis adalah perkara biasa oleh penyokong pembangkang kerana itulah cara mereka di pimpin.
Kalau tidak ada penyokong pembangkang yang agresif dalam nagara ini, tidaklah kerajaan perlu ada skuad FRU dan apa perlu juga ada pasukan perusuh.
“Jika negara ini tiada penyokong pembangkang yang agresif, sebenarnya tak perlu ada FRU atau polis Simpanan Persekutuan ini. Negara pun jimat belanja”.
Kita biasa lihat setiap pilihan raya, penyokong pembangkang biasanya yang agresif sejak 15 tahun kebelakangan ini. Kita pun mengimpikan kempen yang aman, teratur dan bertanggujawab setiap kali pilihanraya seperti negara negara maju.
Tapi selagi ada pembangkang seperti yang kita ada sekarang, tidak akan ada kempen kempen piliharaya yang aman. Kata Syed Hassan lagi.
Walau bagaimana pun Perkasa menghormati pandangan dan gesaan Nurul Izzah itu atas dasar kebebasan memberi pandangan untuk kebaikan negara.
Bagaimana pun Perkasa menunggu kenyataan atau gesaan YB Nurul Izzah kepada pemimpin pemimpin politik supaya mencontohi ahli ahli politik Turki yang meletak jawatan bila terbabit dengan skandal sex.
“Harap esok lusa ada gesaan seperti ini dari Nurul Izzah walaupun terlewat sikit”. Mengakhiri kenyataan akbar Beliau sebentar tadi.

Harap sokongan peminat

Chong Wei dalam misi raih kejuaraan kali ketiga Terbuka Indonesia
JAKARTA: Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei meminta para peminat Indonesia supaya menyokong beliau dalam usaha merangkul gelaran juara perseorangan kejohanan badminton Terbuka Indonesia buat kali ketiga berturut-turut.
Beliau kini berada di laluan yang betul berikutan kemenangannya pada pusingan pembukaan ke atas pemain Indonesia, Tommy Sugiarto dengan 21-16, 21-8 dalam masa 33 minit di Istora Senayan di sini, semalam.
Chong Wei memenangi gelaran itu pada 2009 dan 2010 dan jika beliau memenangi kejuaraan itu pada Ahad ini, ia akan tercatat dalam rekod menjadi rakyat bukan Indonesia yang pertama memenangi gelaran juara perseorangan sebanyak tiga kali.
Pemain badminton Indonesia, Ardy Wiranata melakukannya pada 1990, 1991 dan 1992 sebelum pemenang pingat emas Sukan Olimpik Athens Taufik Hidayat, pemain Indonesia yang paling menonjol itu memenangi kejuaraan itu pada 2002, 2003 dan 2004.
Adakah kali ini giliran Chong Wei pula.
“Saya juga berharap dan percaya sesiapa yang bertanding di sini juga mahu memenangi gelaran kejuaraan dalam kategori masing-masing dan saya berharap para peminta Indonesia akan menyokong saya sepanjang kejohanan ini bagi merangkul gelaran itu,” kata Chong Wei selepas menewaskan Sugiarto.
Walaupun pada awal perlawanan beliau ketinggalan 1-5, Chong mendapat semula rentak permainannya dan menyamakan kedudukan mata sebelum laluan seterusnya begitu mudah.
“Saya telah bermain dengannya sebanyak tiga kali tahun ini termasuk hari ini (semalam) dan saya dapat membaca rentak permainannya. Agak mudah bagi saya hari ini (semalam), tapi saya perlu tumpukan perhatian dan tidak memandang mudah lawan selepas ini,” katanya.
Walaupun Chong Wei terus mara ke perlawanan seterusnya, pasangan beregu Malaysia, Gan Teck Chai dan Tan Bin Shen gagal dalam kempen mereka apabila tewas 1-21, 19-21 kepada pemain Jepun, Naoki Kawamae dan Shoji Sato. — Bernama

Kakitangan kerajaan harus di buang kerja?

   Di sebalik kita asyik membicarakan tentang perhimpunan haram BERSIH, kita mungkin terlupa bahawa di kalangan peserta yg bakal terlibat nanti mungkin terdiri daripada kakitangan kerajaan dan penuntut IPTA.
GAD yakin kalau tidak ramai pun, sebilangan kecil kaki tangan kerajaan dan mahasiswa ini pasti akan menyertai perhimpunan tersebut. Jadi, di sini GAD ingin menyeru kepada kerajaan supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kakitangan kerajaan atau mahasiswa IPTA yg terlibat dalam perhimpunan itu.
Kalau boleh, tindakan tatatertib termasuk dibuang kerja/universiti dikenakan terhadap mereka yg tidak bertanggungjawab ini. Biar mereka rasa betapa peritnya hukuman di atas kebodohan mereka sendiri. Kalau anda nak sangat menentang kerajaan, baik letak saja jawatan anda atau dipecat. Kerjaya anda itu ramai lagi yg sanggup mengisinya.
Bagi GAD, golongan tak tahu bersyukur ini memang tak sedar dek untung. Apakah mereka tidak sedar antara isi kandungan surat Akujanji yg mereka tandatangani semasa mula menjawat jawatan ialah akan taat setia kepada Yang Di-Pertuan Agong, kerajaan dan negara?
Kalau nak sangat berpolitik, lebih baik berhenti kerja dan join mana-mana parti politik pembangkang yg anda suka. Kehadiran anda dalam sektor awam tidak dialu-alukan. Kadang-kadang orang macam anda inilah yg menjadi petualang dalam menggagalkan dasar-dasar kerajaan. Org macam anda ini memang tak berguna. Bagi anak bini makan duit haram!
Anda sepatutnya menjadi golongan yg menjadi pelaksana segala dasar kerajaan dan bukan merosakkannya. Apakah dengan menyokong pembangkang nasib anda sebagai penjawat awam akan jadi lebih baik dari sekarang? Apakah anda fikir sekiranya pembangkang memerintah gaji anda akan mencecah RM1juta sebulan? Fikir-fikirkanlah wahai penjawat awam yg bakal membahalolkan diri dengan menyertai BERSIH.

Kata-kata terakhir mangsa bunuh diri seolah memberi ‘petanda’

LIMBANG: “Kita ketawa untuk hari ini saja, esok, tahun depan dan selamanya tidak mungkin kita dapat ketawa lagi,” demikian kata-kata terakhir mangsa bunuh diri kepada rakan lelaki sekolahnya, sebelum kejadian.
Pelajar perempuan berusia 15 tahun dan menuntut di tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di sini sempat berpesan kepada rakan lelakinya sebelum ditemui mati dengan meminum racun rumput jenis Paraguard di kediamanya Kampung Lubuk Simpor 18 Jun lepas.
Menurut sumber, mangsa pernah mengeluarkan niat untuk membunuh diri kepada rakan lelakinya itu sewaktu mereka pulang dari sekolah.
“Rakannya pada mula agak curiga dan hairan mengapa mangsa berkata demikian.
“Segala persoalan terjawab dan ia merupakan kata-kata terakhir daripada mangsa apabila ditemui mati oleh ibunya selepas meminum racun tersebut,” kata sumber itu kepada Utusan Borneo di sini, semalam.
Beliau memberitahu mangsa bertindak sedemikian dipercayai akibat cemburu kerana mengesyaki rakan tersebut masih berhubung dengan bekas kekasihnya.
“Mangsa disyaki cemburu kerana pernah berbalas mesej dengan temannya itu sebelum bertindak meminum racun tersebut,” katanya lagi.
Jelasnya mangsa yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sempat dirawat di hospital selama empat hari sebelum meninggal dunia, kelmarin.
Sementara itu Ketua Polis Daerah, Superintenden Landi Ilod ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian tersebut.
“Kita masih menyiasat tujuan mangsa membunuh diri.
“Pihak kita juga tidak menolak kemungkinan masalah peribadi ataupun tekanan menyebabkan remaja perempuan itu bertindak membunuh diri dengan meminum racun,” katanya lagi.
Landi menjelaskan kematian remaja itu akan disiasat di bawah kes mati mengejut.
Beliau memberitahu lagi sebanyak dua kes bunuh diri dilaporkan berlaku pada tahun ini membabitkan pelajar sekolah.
Justeru katanya, ibu bapa perlu memberi perhatian dan lebih tumpuan kepada pergaulan anak-anak mereka termasuk memberi nasihat positif kepada mereka.
“Kita nasihatkan ibu bapa agar jangan menekan anak-anak dan memantau pergaulan anak-anak dengan rakan mereka,” katanya lagi.

Sumber: Utusan Borneo

Rabu, 22 Jun 2011

Datuk ‘T’ bakal didakwa Jumaat ini


PETALING JAYA: Kumpulan trio ‘Datuk T’ akan didakwa atas pendedahan mengenai klip video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Jun ini.
Perkara itu disahkan oleh salah seorang trio iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dihubungi sebentar tadi.
Dua lagi tokoh terbabit ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Shuib Lazim.

Menurut Eskay, beliau hanya menerima satu Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang mengatakan beliau akan didakwa, namun enggan mengulas lanjut berhubung SMS tersebut.
Sebelum ini FMT menerima maklumat bahawa Datuk ‘T” akan didakwa di mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 24 Jun ini jam 8 pagi.
“Ya saya ada terima SMS bahawa kami akan didakwa kerana mendedahkan klip video seks tersebut. Petang ini saya akan berbincang lanjut bersama Shuib dan Thamby Chik mengenai hal ini.
“Jika kami didakwa kami akan hadir bertiga tanpa diwakili peguam. Namun apa-apa perkembangan lanjut akan diketahui petang ini,” katanya kepada FMT.
Pada 21 Mac lalu, dunia politik tanah air digemparkan apabila sekumpulan wartawan dipertontonkan rakaman video seks di hotel Seri Carcosa di sini oleh kumpulan tiga lelaki yang menggelarkan diri mereka Datuk T.
Rakaman video yang didakwa melibatkan Anwar didedahkan sebagai amaran supaya pemimpin tersebut serta isterinya berundur dari dunia politik.
Malah Eskay pada 29 April lalu melafazkan sumpah laknat (mubahalah) di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur bahawa beliau bersama Anwar berada dalam paparan video seks yang  ditayangkan kepada sekumpulan media 21 Mac lalu.
Dalam lafaznya, Eskay berkata, “pada hari ini 29 April, saya Shazyrl Eskay bin Abdullah dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, bersumpah bahawa aku dengan Anwar berada dalam paparan video pada 21 Februari 2011 dan Anwar adalah pelaku dalam video. Sekiranya aku berlaku fitnah maka Allah akan melaknat aku.”

Aktiviti kebudayaan diperhebat

LIMBANG:Kerajaan akan terus memperhebatkan aktiviti kebudayaan pelbagai kaum di negeri ini termasuk menganjurkan simposium dan pameran kebudayaan setiap tahun.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu berkata usaha berkenaan dapat mempromosikan dan memperkenalkan kepelbagaian budaya dan adat resam setiap masyarakat ne-geri ini.
Menurutnya kaedah pelaksanaan program kebudayaan berbentuk simposium dan pameran dapat menyuburkan dan melestarikan keunikan budaya yang menjadi identiti setiap kaum.
“Kerajaan amat menggalakkan dan memberi soko-ngan padu terhadap pelaksanaan aktiviti kebudayaan di negeri ini.
“Malah pelaksanaan simposium dan pameran kebuda-yaan setiap tahun membukti-kan kerajaan mahu kebuda-yaan kaum di negeri ini dihidupkan,” katanya.
Jabu berkata demikian ketika merasmikan Adau Gayo Babulang dan Lumba Kerbau di sini semalam.
Turut hadir Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Ahli Dewan Undangan Ne-geri (ADUN) Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, ADUN        Telang Usan Dennis Ngau, Residen Limbang Maria Hasman, Presiden Persatuan Bisaya Sarawak (PBS) Antonio Kahti Galis dan jemputan lain.
Jabu berkata lagi, Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan RMK-11 bukan saja menumpukan kepada proses infrastruktur, pendidikan        dan prasarana lain tetapi juga usaha untuk menggalakkan aktiviti pelancongan dan kebudayaan.
“Semua aktiviti kebudayaan yang menonjolkan keunikan alat muzik, tarian, adat resam dan tradisi kaum di Sarawak termasuk kaum Bisaya akan diperhebatkan.
“Inilah usaha dan kepriha-tinan kerajaan BN kerana kebudayaan berkenaan begitu signifikan untuk negeri Sara-wak,” jelasnya.
Menyentuh mengenai kemeriahan Pesta Babulang, beliau gembira dengan sam-butan yang ditunjukkan oleh 10,000 ribu kaum minoriti Bisaya dari seluruh negeri berkumpul meraikan pesta ber-kenaan.
“Kaum Bisaya sanggup berkorban untuk meraikan hari istimewa (Pesta Babulang) yang diadakan dengan pelbagai pengisian program termasuk Nakod Babulang, tarian tradisional, alat muzik dan adat resam lain,” kata-nya.
Beliau yakin Pesta Babulang yang berkonsepkan adat resam masyarakat Bisaya berpotensi untuk dibangun-kan sebagai produk pelanco-ngan sejak ia dianjurkan lapan tahun lepas.
Jelasnya Sarawak mem-  punyai pelbagai keistime-waan dan kekuatan tersen-     diri melibatkan keunikan  budaya, adat resam dan alam semula jadinya untuk dipromosikan kepada pelancong luar.
“Unsur-unsur budaya yang ada di kalangan masyarakat adalah asas kekuatan yang kita miliki.
“Justeru kerajaan amat menekankan aspek dan bidang berkenaan dimajukan, di-        terokai dan dibangunkan,” ujarnya.
Katanya kerajaan turut mengiktiraf kaum Bisaya bukan saja daripada aspek ke-budayaannya yang tersendiri termasuk memilih pemimpin daripada kalangan kaum Bisaya.
“Pada pilihan raya negeri lepas kerajaan turut melantik wakil rakyat daripada kaum Bisaya di konstituensi Batu Danau untuk menjadi pe-mimpin.
“Keupayaan pemimpin daripada kaum Bisaya ter-  nyata terbukti apabila me-menangi kerusi Batu Danau dengan majoriti lebih besar pada pilihan raya lepas,” kata-nya.
Terdahulu Jabu turut mengumumkan peruntukan ke-rajaan berjumlah RM10,000 kepada PBS pada majlis sama.
KEKALKAN ADAT TRADISI: Jabu (duduk) merasmikan Majlis Nakod Babulang bagi kaum Bisaya sambil disaksikan yang lain, semalam.

CUEPACS minta penjawat awam terus dinaikkan pangkat selepas berkursus

ALOR SETAR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut agar di bawah Sistem Bersepadu Potensi Penjawat Awam (Prospek), penjawat awam terus mendapat kenaikan pangkat selepas menghadiri kursus tanpa perlu menunggu berlaku kekosongan jawatan.
“Kita membantah jika kenaikan pangkat hanya diberi apabila terdapat kekosongan jawatan kerana objektif Prospek tidak tercapai. Apabila pulang dari berkursus mereka hendaklah dinaikkan pangkat,” kata Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.
Beliau berkata CUEPACS juga menuntut agar pemberian insentif kepada penjawat awam dinaikkan terus kepada tiga kenaikan.
“Dulu masa ada PTK (Penilaian Tahap Kecekapan), kita ada aras melintang dan menegak tapi dalam Prospek konsep melintang dan menegak tiada. Jadi kita mahu ia digantikan dengan tiga kenaikan, baru ada perubahan,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri mesyuarat agung Kesatuan Pegawai-Pegawai Risda Kedah di sini semalam.
Beliau berkata CUEPACS telah mengadakan perbincangan dengan Ketua Setiausaha Negara berhubung Prospek.
Katanya terdapat beberapa perkara yang tidak disentuh dan perlu dimasukkan dalam Prospek supaya terdapat perubahan lebih baik berbanding PTK.
“Antara permintaan lain CUEPACS ialah pelantikan panel berwibawa bagi membuat penilaian terhadap penjawat awam selain dua pegawai mewakili kesatuan sekerja supaya penilaian yang dibuat lebih adil dan saksama,” katanya.
Omar juga berkata CUEPACS tegas dengan tuntutannya mengenai penyelarasan elaun sara hidup kepada RM300 untuk semua penjawat awam dan imbuhan tetap perumahan dinaikkan kepada RM350 dari RM180. 

ADUN DAP tetap tidak akan pakai songkok

KUCHING: Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP tetap dengan pendirian mereka untuk kekal tidak memakai songkok dalam Persidangan DUN Ke-17 ini.
Pengerusi DAP Negeri yang juga ADUN Bukit Assek Wong Ho Leng berkata, ia bukan satu kemestian bagi mereka untuk memakai pakaian rasmi tersebut.
“Negara ini mengamalkan kebebasan untuk beragama, jika kita memakai songkok di mana kebebasan untuk beragama?.
“Ia adalah satu pembaziran kerana mana ada orang buat pakaian rasmi yang dipakai sekali setahun dengan harga RM2,000 sepasang.
“Itu terlalu mahal dan wang rakyat tidak sepatutnya dibazirkan begitu sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Persidangan DUN Ke-17 di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pemakaian pakaian rasmi dan songkok semasa persidangan.
“Dalam persidangan yang lepas, Speaker DUN telah menggariskan bahawa ia tidak menjadi satu kemestian untuk memakai pakaian rasmi selagi kami memakai pakaian hitam.
“Selagi ia bukan satu kemestian, 12 daripada kami akan hadir memakai pakaian hitam.
“Bagaimanapun, saya tidak katakan ADUN PKR, mereka ada mengatakan akan memakai pakaian rasmi… itu terpulang kepada mereka,” katanya.
Selain itu, Wong turut menyatakan mengenai isu yang dibangkitkan mereka disifatkan ‘sampah’ adalah sesuatu perkara yang tidak beretika.
“Kenyataan BN sudah menyediakan tong sampah yang besar untuk membuang ‘sampah’ (isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat) daripada kami adalah se-suatu yang tidak ada kelas,” katanya ketika mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh ADUN Baleh yang juga Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri James Masing baru-baru ini.
Pada masa yang sama, beliau tidak menafikan bahawa akan berlaku banyak celahan daripada ADUN BN dalam persidangan itu nanti.
“Kami akan buat apa yang kami perlu buat untuk rakyat, kami juga tidak takut kepada mereka (BN)…dijangka banyak celahan akan dilakukan semasa kami membentangkan usul itu nanti,” ujarnya.

RM1.18 bilion laksana 62 projek di Sarawak hingga April, kata Najib

Daripada sembilan, KKLBW peroleh dana tertinggi iaitu RM535.26j
KUALA LUMPUR: Sebanyak 62 program atau projek dengan nilai RM1.18 bilion telah diumum untuk dilaksana di Sarawak sehingga 30 April lepas, kata Datuk Seri Najib Tun Razak pada persidangan Dewan Rakyat semalam.
Perdana Menteri berkata, daripada jumlah itu sebanyak 52 projek dilaksana tahun ini manakala selebihnya akan dilaksanakan tahun berikutnya.
“Program atau projek yang diumumkan merupakan sesuatu yang telah dirancang lebih awal,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) ingin tahu nama projek dan nilai projek pembangunan yang telah diumumkan oleh setiap kementerian dalam dua bulan sebelum dan semasa kempen pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April lepas dan jumlah projek yang akan dilaksana tahun ini.
Najib berkata, daripada sembilan kementerian yang diberikan peruntukan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW) memperoleh dana tertinggi iaitu RM535.26 juta, diikuti Kementerian Kesihatan RM212.53 juta, Kementerian Kerja Raya RM200 juta, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air RM70 juta, Kementerian Pelajaran RM65.64 juta, Kementerian Pertahanan RM48 juta, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani RM20 juta, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi RM4.5 juta dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar RM2 juta.
Perdana Menteri berkata, nilai keseluruhan itu juga termasuk dana RM22.75 juta menerusi peruntukan khas Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri.
Najib berkata, projek bekalan air, projek bina, naik taraf jalan dan lorong serta pembinaan jeti dan jambatan diberikan peruntukan besar berjumlah RM852.66 juta manakala RM278.17 juta adalah untuk membina serta menaik taraf klinik dan hospital.
“Peruntukan selebihnya adalah untuk sumbangan dan bantuan, rumah ibadat bukan Islam serta lain-lain,” katanya.

Argentina belasah Albania 4-0 dalam aksi pemanas badan

BUENOS AIRES, Argentina: Lionel Messi mengumpan dua gol dan menjaringkan satu gol ketika Argentina membelasah Albania 4-0 di Monumental di sini Isnin lepas (pagi Selasa waktu Malaysia) untuk perlawanan persiapan terakhir mereka menjelang kejohanan Copa Amerika pada awal bulan hadapan.
Penyerang Ezequiel Lavezzi meletakkan pasukan tuan rumah Copa Amerika itu di hadapan seawal minit kelima untuk menewaskan penjaga gol Arjan Beqaj selepas menerima umpanan cantik daripada Messi.
Argentina, yang mengawal sepenuhnya permainan, menambah jaringan dua minit sebelum rehat apabila Lavezzi pula mengumpan bola untuk disempurnakan oleh Messi.
Sergio Aguero menjaringkan gol ketiga pada minit ke-74, tidak lama selepas bintang Atletico Madrid itu menggantikan Lavezzi.
Messi, yang bermain di posisi sayap kanan, melakukan satu umpanan cantik yang kepada Aguero sebelum melepasi penjaga gol gantian, Isli Hidi.
Aguero kemudian mengumpan bola kepada seorang lagi pemain gantian, Carlos Tevez untuk gol keempat pada minit akhir. Messi menarik perhatian tiga pemain pertahanan sebelum melakukan umpanan kepada Aguero dan kemudian kepada Tevez untuk gol penyudah.
Albania tidak langsung mencipta satu peluang dengan penjaga gol Argentina, Sergio Romero hanya menyelamatkan satu cubaan mudah.
“Ia tidak sesukar yang seperti dalam Copa Amerika tetapi ia berguna untuk pergerakan kami,” kata Tevez ketika memberitahu TV Argentina.
“Perlawanan seperti ini membantu memberikan kami keyakinan dan untuk menyesuaikan diri sesama kami dengan lebih baik,” tambah Lavezzi.
Copa Amerika, yang belum dimenangi oleh Argentina sejak 1993, bermula pada 1 Julai apabila pasukan tuan rumah menentang Bolivia di La Plata dalam aksi Kumpulan A.
Final dijadualkan berlangsung di Monumental pada 24 Julai depan.

MARA Uptown tarik pengunjung ke Limbang

LIMBANG: Penganjuran program Majlis Amanah Rakyat (MARA) Uptown berkonsepkan pasar malam yang dijalankan dua kali sebulan di sini bakal menjadikan Limbang sebagai destinasi persinggahan  terkemuka bagi  pengunjung luar untuk membeli-belah.
Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah berkata program tersebut mampu meningkatkan kuasa membeli bukan saja bagi masyarakat tempatan malah  pengunjung dari selatan Sarawak sehingga Kota Kinabalu, Sabah.
Menurutnya, hasrat menjadikan Limbang sebagai destinasi persinggahan akan tercapai berikutan perkembangan sistem perhubungan dengan terbinanya jalan raya dan jambatan bagi melancarkan dan menghubungkan Limbang dan kawasan sekitarnya.
“Kita tidak mahu Limbang hanya tempat untuk pengunjung luar singgah makan, tetapi juga perhentian bagi mereka yang ingin membeli-belah.
“Hasrat ini akan tercapai sekiranya para peniaga dan usahawan lebih kreatif dan mempelbagaikan aktiviti perniagaan untuk menarik lebih ramai pengunjung luar,”katanya ketika merasmikan MARA Uptown Limbang di sini semalam.
Hadir sama ialah Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawan) MARA Mohd Rosdi Ismail, Residen Limbang Maria Hasman, Pengarah MARA Negeri Shazali Salleh dan jemputan lain.
Hasbi berkata, usahawan Bumiputera perlu keluar dari kepompong dan kaedah lama dalam memajukan dan memperkembangkan perniagaan mereka.
Katanya program dan aktiviti perniagaan yang sentiasa hidup dan wujud di daerah ini mampu menarik lebih ramai pembeli yang berminat dengan produk hasil keluaran mereka.
“Golongan usahawan disaran untuk lebih kreatif mempelbagaikan produk perniagaan mereka dalam memikat lebih ramai pembeli khususnya pengunjung dari negara jiran.
“Pendekatan ini secara tidak langsung akan membantu meningkatkan pendapatan ekonomi dan memperluaskan bidang perniagaan mereka,” katanya.
Beliau menjelaskan bahawa usahawan Bumiputera hendaklah terus berusaha gigih memajukan perniagaan masing-masing dan bersedia menghadapi cabaran dalam pasaran perniagaan.
Sementara itu Hasbi memberitahu bahawa MARA Uptown akan menjadi satu lagi program  bersepadu bagi menyokong aktiviti perniagaan untuk usahawan Bumiputera di daerah ini.
“Ia dijangka akan menjadi tarikan utama pengunjung ke Limbang untuk memudahkan peluang perniagaan peniaga Bumiputera di kawasan bandar,” katanya.