Info Berita Terkini Anda...Limbang Tanah Air Ku

Isnin, 20 Jun 2011

LIMBANG Tanah Air Ku 2

  Di dalam LIMBANG Tanah Air Ku II ini saya akan menerangkan tentang Makanan yang sangat istimewa di Limabang ini. Terdapat beberapa jenis makanan yang sangat istimewa yang terdapat di Limbang ini, iaitu ikan tahai. Ikan tahai ini adalah sejenis ikan yang telah di panggang ( salai ) dalam bahasa tempatannya, dan seterusnya di biarkan kering di atas bara api sehingga ikan ini menjadi kering dan ranggup apabila di makan. Ikan tahai ini juga sesuai di buat sambal dan sungguh enak rasanya apabila dimakan bersama nasi panas.."BOLEH TAMBAH NASI LAGI BILA KENA SAMBAL NI". Satu jenis lagi cara masakan ikan tahai ini di panggil "DADAH TAHAI". Dadah tahai ini adalah masakan tradisional Limbang yang mana ikan tahai ini cuma direbus dicampurkan dengan bawang merah dan bawang putih yang dihiris bersama cili padi. "FUH.... SUP IKAN TAHAI NI MEMANG PAWOR LAH" Walaupun ikan ini cuma ikan kering tetapai ikan ini sungguh menyelerakan. Ikan tahai ini juga boleh dimakan terus dan sungguh ranggup.


* Ikan Tahai yang telah siap di panggang (salai) dan boleh terus di makan.
*ikan Tahai ini boleh didapati di pasar tamu Limbang.








* Sambal ikan Tahai yang sedap di makan bersama nasi panas.








* Dadah ikan Tahai.








LOKAN












     Lokan adalah sejenis makanan laut yang mudah di dapati di daerah Limbang ini. Ia hanya boleh didapati di hutan paya bakau, cara untuk mendapatkan Lokan ini bukan lah mudah. anda perlu meredah hutan bakau dan dan meredah lumpur. Lokan ini amat popular di Limbang kerana ia senang di dapati dan mempunyai rasa yang sungguh enak apabila di makan. Lokan ini juga di jual dengan harga yang berpatutan.


   Setakat ini dulu saya sampaikan cerita keistimewaan Limbang ini kepada anda, Kita bertemu lagi pada nukilan yang akan datang, terlalu banyakk lagi yang belum saya sampaikan kepada anda.saya mengharapkan anda semau sudi- sudi lah bertandang ke blog saya untuk menggetahui lebih lanjut lagi keunikkan Limbang ini.

"BAH KE LIMBANG TAH LAJU"